Saturday, 28 September 2019

Renew Lesen P!

Harini pukul 9.30 dah keluar rumah nk gi pos laju. Sebelum tu tanya ayah ada nk kena bawa apa apa lagi tak untuk renew lesen: lesen & duit saja.
Btw lesen sbnrnya dah mati 18/9, risau juga kena denda tak kalau lmbt. google2 kata tak de denda, fuhhhh tak melayang duit.

sampai amek no, dalam 15 org lagi! dahla 3 kaunter je org berususan pun lama. 
35 minit baru no kita,
“saya nak renew lesen.” bagi kad lesen.
“eh lesen P tak boleh renew kat sini dik. kena pergi JPJ”
“oh....................” bazir masa gue tunggu lama lama. huarghhhh

jadi rupanya kalau nak renew lesen P kepada kompeten boleh renew kat JPJ or UTC je ok!

kita pun pi la JPJ WPKL. uuu ai ramai gila beb org. org buat ape ek kat sini ramai gila.
gi amek no, lagi 10 org. 

5 minit je dah no dipanggil walaupun ramai tapi laju sebab kaunter dia banyak kut.
renew la ikot korang nak berapa tahun:
1 tahun - RM30
2 tahun - RM60

kat kaunter tu just bayar je lepastu dia suruh pi kaunter lain untuk tunggu kad. sekejap je dalam 5 minit dah siap!
date tu akan start bila renew & akan mati waktu biday uols.

konklusinya, memang mudah, cepat & efisyen kat sini!
sis bagi 4 bintang. satu bintang lack sbb parking always penuh huhu.

Thursday, 26 September 2019

Gunung Rajah Compress

Gunung Rajah via Chamang, Bentong
Date: 14/09/2019
Line up: 10 


Kitaorg sampai dekat pekan bentong dalam pukul 2 lebih dari KL. Sejam je perjalanan tapi disebabkan minggu tu isnin cuti, banyak kereta balik kampung jadi perjalanan kitaorg ambil masa 2 jam tapi still tak terlambat pun.
Sampai-sampai je yang dari seremban semua dah lepak dekat mamak, cam biasa tu je kedai yang masih buka di tengah pagi. Sis follow trip kalini dengan Langgar Hikers from nogori. Tahun lepas dah pernah naik dengan diorang gi CBL, so ok la. Line up: Apak merangkap guider, Abg Zali, Kak dani, Syuk, Wan, Mai, Kak cikah, Dayah & Afif adik dayah.

Dalam pukul 3 kitaorg gerak ke Chamang Waterfall, ada la dalam beberapa kereta yang dah ada kat situ n ada satu group tengah bersiap. Kita pun siap siap pe semua, stretching dalam nak pukul 4 start mendaki. Kat bawah tu ada air terjun tau pukul 3 lebih ada org duk kat situ tengah mancing, ada ek ikan dok situ rajin betui tengah malam dok mancing huhu & ingat kan esok boleh la tengok bunyi air terjun tu seronok tau dengar n ingat nak mandi sekali...

Ok sis singkatkanlah ye
3.50 am: Start mendaki. First first dah pacak haha tapi jangan mengalah cuma 10 minit saje.

4.00 am: Sampai papan tanda menunjukkan "Gunung Rajah 25 km". Start sini jalan mendatar korang nak lari pun boleh, tanah oren. Belah kanan korang akan jumpa paip besau n panjang apa ek nama dia, kalau korang rasa dah lama sangat jalan ketahuilah baru 30%nak sampai pintu gerbang. Teruskan berjalan ye. 

5.00 am: Yey sampai pintu gerbang! Kat sini biasa org port amek gambar tapi disebabkan gelap tiadalah gambarnya, ingatkan boleh la esok turun cerah nanti ambil gambar. Rehat rehat bukak dapur minum air panas dulu. haha baru sejam jalan dah bukak dapur.
segala makanan apak ada!
5.30 am: Ayuh sambung mendaki. Trek mendatar je tak ada pacak jangan risau.
6.00 am: Sampai Sg Terling, berhenti solat dahulu.
6.35 am: Sambung mendaki! Trek masih mendatar membuatkan kau rasa bila nak sampai ni?!
7.00 am: Resam
7.50 am: Kuala Sg Terling. Rest sebentar



8.30 am: Yey sampai Lata Naning! Kat sini camp site untuk siapa buat bermalam. Terliur tengok air terjun dia rasa nak mandi 😭 best sangatt air jernih! Breakfast, masak megi, minum air kopi. 
Sepatutnya dalam jadual dalam pukul 10 sampai sini, tapi kitaorg berjaya cut off 2 jam, jadi kitaorg berangan-angan la boleh ni kita turun petang.

santai santai breakfast 
muka ada bahagia sebelum pewai berjemaah.
9.50 am: Continue hike. Trek masih landai ye. Cuma ada sikit je pacak yang tak seberapa.


10.30 am: Rest kejap dekat tempat lapang sebab wan kata kak cikah sakit kaki. Lama jugak tunggu kak cikah nak sampai..sejam weh...huhu. 11.15 baru start gerak balik..

11.30 am: Sampai Kem Batu Hijau. Kat sini sangat lapang & ada sungai. Kat sini pun tunggu lama..
Memang dah boleh agak yang kita takkan dapat sampai petang sbb dah banyak drag masa huhu sedih.
pewai dan melayan perasaan.

12.00 pm: Ok guys kita dah start pacak mula dari kem batu hijau. Sediakan mental & fizikal anda! Pacak kat sini kira ok lagi dia bagi diskaun 10% la. Tapi terasa jauh gila wey. Angin kuat sangat-sangat dah macam ribut. Dalam perjalanan akan jumpa dahan wajib yang kena ambil gambar kalau naik rajah, tapi malangnya angin terlalu kuat sampai pokok bergoyang, takut laa nak amek gambar. Kuat sangat!
angin kuat sangat sampai kena pegang dahan tepi.
kat dahan ni tempat femes untuk bergambar! tapi pokok pun bergoyang...
1.10 pm: Permatang Guntong. Walaupun angin kuat sempat lagi buat fly, bukak dapur 😂 kat sini sjeuk gila, menggigil gigil. Layan kopi, megi dulu. Dari sini akan nampak puncak rajah.. Nak tahu tak puncaknya seberang sana weyyyy tapi kenapa kita kena lalu belah sini dulu?!! hm maybe sebab tu di namakan via chamang sebab lalu sebelah sini dulu..
“apa aku buat kat sini.....
2.00 pm: Start sini perjalanan kian mencabar guys. Disebabkan puncak kita sebelah sana, kita akan turun dan pacak habis tanpa diskaun untuk terus menuju puncak. haha lama wey rasa jalan. Next akan jumpa batu dia lebih kurang mcm naik ledang kan ada batu asahan yg guna tali tu, tapi sis rasa yg ni lagi mencabar, dgn tak ada lekok batu untuk kaki mendarat, kena guna sepenuh tenaga badan lagi lagi kita yang kaki pendek ni memang sakit sikit la. ada la dalam 3 batu kena harungi.


3.10 pm: Last waterpoint.
3.50 pm: Simpang Y. Kat sini tempat pertembungan yang datang dari KKB and via chamang

3.55 pm: Akhirnya! Sampai puncak! Tapi sayang beribu kali sayang-- Kabus & mungkin jerebu? Tak ada view langsung 😭 Takpelah sis redha.
Makan- makan, solat jamak asar & zohor.
sis happy gitewwwww
Total ascending = 12 JAM (kau rasa?? nak nangisss) ni dah petang taktau la boleh sampai pukul berapa. kalau semua ok dah boleh keluar before 12 am.

5.15 pm: Abg zali & kak dani dah turun awal. baru sis, dayah & adik dayah turun. Dorang yang lain lambat sikit sebab makan nasi. Kitaorg just aim nak sampai batu tu before malam jee sebab takut weh gelap dah la situ bahaya. Sangat laju kitaorg turun dan harap sangat dapat bertembung abg zali. Kitaorg decide kumpul semua kat Lata Naning.

6.00 pm: Permatang guntong. (cut off 2 jam dari naik! gila! haha) risau kat sini sebab tak jumpa abg zal n kak dani. lajunya dorang...

6.45 pm: Kem batu hijau. (cut off 20 minit) Kat sini rupanya camp site jugak, penuh sangat dgn khemah. kitaorg dah risau dorang tak tunggu kita kee huhu tiba tiba, abg zali panggil! bersyukur sangat time tu. rupanya dorang duk bawah sikit kat sungai dok makan dgn team lain yang camping, member agaknya. kami pun dijemput makan nasi, rezeki...

7.20 pm: Sambung turun. Dah gelap dah, bersyukur gila atleast jalan ramai.

8.10 pm: Tiba di Lata Naning! Lega! Solat jamak isyak & maghrib, makan-minum. Sejuk gila kat sini! sebab area sungai kan. Nak tunggu geng belakang sampai baru boleh gerak...so kitaorg tidur dulu. Lama weh 😂 10.15 baru depa sampai haha gak agak kita keluar pukul berapa ni? kitaorg sempat tidur lagi, sangat sangat sejuk sis siap pakai dua stoking.
benda paling sedap dalam hutan!
10.45 pm: baru lah gerak turun. disebabkan kita ni sikit so naik sama sama turun sama sama. wan depan sekali, kak cikah follow baru apak dan seterusnya. terasa jugak la kaki sebab org depan kan saki kaki, lambat sikit so kita asyik kena brek je kaki. 
perjalanan balik terasa jauh sangat................
2.45 am: sampai pintu gerbang. sedih ingat nak amek gambar kat sini, tapi turun pun hari dah gelap...
4.00 am: alhamdulillah, sampai bawah. lega sangat!!!!!!! rasa nak terjun air sungai bawah tu!! rupanya tak boleh mandi situ lolll patutlah dorang memancing! hm.

Total: 24 hours 😂
Overall sis bagi rating kesusahan 6/10. Nak best lagi kena camping!
Rasa nak repeat sebab tak puas!

Tuesday, 24 September 2019

Review: Nescafe

Hi i'm back.
Kali ni nak review nescafe limited edition: Mocha Hazelnut. Haritu kat ig story terlalu sape punya tah post nes ni, kita ni dah la hantu nescafe lagi lagi mocha kot! & empunya story pun bagitahu petronas ada buat promo 3 tin = RM5.40. Tapi dulu RM5 je hm dah naik rege.
Walaupun dah naik rege! ofkos la sis beli jugak hokey. 

1. Nescafe Mocha
Yang ni rasanya semua tahu la kot rasanya sebab memang sedia ada di pasaran. ni memang fav sis sejak azali!

2. Nescafe Tarik Kurang Manis
iols saje beli yg ni sebab tak pernah rasa. First sip rasa nescafe biasa n bila dah minum je, ok tariknya tu terasa sebab dia macam light light gitu. part kurang manis tu, ok la dia takde la tasteless sangat. masih boleh diterima. sedap! boleh jadi next fav!

3. Nescafe Mocha Hazelnut
Ok yang ni rasa mocha n terasa hazelnut dia. Ngam. Sedap. Bau hazelnut dia ada. Ok la just nice setaraf dengan mocha biasa boleh dijual di pasaran sentiasa, gitewww.

Overall semua sedap rasa nescafe tak lari.


By the way, ada satu lagi perasa nes yang limited edition:Mocha Orange. Bila dengar bunyi pun rasa tak sanggup nak try. Sebab caffeine campur dgn buah macam tak sesuai do?? Oren pulak tu, ofkos dia berbau. No. Sis tak setuju haha. Before this  pernah try 3 in 1 tropical paradise, tu pun dpt free beli 3 in 1 Mocha dia mcm bagi free trial la kot dpt la dalam 5 pek. Bau fruits dia memang kuat, tak ngam sungguh! Yang ni;

Nescafe Trapical Paradise. Sumber: Google (boleh cari kat supermarket)
Tak pasti lah ada jual lagi ke tak? Tapi maybe untuk korang yang suka fruits boleh try ni & Mocha Orange.
Nescafe Mocha Orange. Sumber: Google (boleh dapatkan di 7 11)

Hi.

Tiba- tiba rasa nak tulis blog, nak tulis review sebab rasa macam penting untuk semua org, haha.
Yela most of the time kita nak beli sesuatu produk, nak makan, or pergi sesuatu tempat kita akan google kan. 
So, iols kat sini nak la share serba sedikit harap berguna dan bermanfaat untuk semua ok!

Tu je lah intronye haha.

Bye!

Tak, masalahnya kan apo susah sangat nak apply, pilih theme ni adoi. lepastu nape kita dah tukar size font dia tak bertukar pun?!
Jap nape date & masa lain? susah jugak ye nak ber blog ni.